Selasa, 8 November 2011

KORBAN 2011/1432H

Pada hari raya Aidiladha, 6 November 2011 bersamaan 10 Zulhijjah, Program Korban Perdana diadakan di Taman Chankat Lada Raya. Pada tahun ini semakin ramai penduduk Taman Changkat Lada Raya yang menyertai ibadah korban. Sebanyak 9 ekor  lembu untuk korban dan aqiqah disembelih, berbanding tahun lepas hanya 6 ekor sahaja.


Penyembelehan lembu korban sebanyak 8 ekor dan aqiqah seekor dilakukan selepas sembahyang hari raya Aidiladha. Pemduduk taman bergotong-royong menjayakan program korban tersebut.


Program korban kali ini adalah anjuran bersama Jawatankuasa Surau Taman Changkat Lada Raya, KRT Taman Changkat Lada Raya dan Jawatankuasa Penduduk Taman Changkat Lada Raya. Selain dapat menunaikan ibadat korban dan aqiqah, penduduk taman dapat mengeratkan silaturahim di antara mereka.


Daging korban diagih-agihkan kepada penduduk taman. Setiap keluarga mendapat sekilogram daging korban. Daging lembu aqiqah dimasak untuk kenduri di surau taman.



BACA SETERUSNYA - KORBAN 2011/1432H