Khamis, 2 Disember 2010

PROGRAM BERKHATAN BERAMAI-RAMAI


28 Nov 2010 - KRT Taman Changkat Lada dengan kerjasama Jawatankuasa Surau Taman Changkat Lada Raya mengajurkan Program Berkhatan Beramai-Ramai. Program seperti ini merupakan kali yang ketiga diadakan. Kali ini seramai 28 orang kanak-kanak lelaki menyertai program ini.

Program ini bermula pukul 8.00 pagi. Program dirasmikan oleh Tn. Hj. Abdul Mutalib, Timbalan Penyelaras Felcra Wilayah Perak. Selepas perasmian, kanak-kanak yang terlibat diarak sekeliling taman dengan menaiki kenderaan pacuan empat roda dan diiringi dengan paluan rebana.

Penduduk taman ini turut hadir beramai-ramai memeriahkan program tersebut. Kehadiran pegawai Bomba dan Penyelamat yang menyembur air untuk kanak-kanak yang terlibat mandi menambah kemeriahan program.
BACA SETERUSNYA - PROGRAM BERKHATAN BERAMAI-RAMAI

Sabtu, 20 November 2010

KORBAN PERDANA 1431H/ 2010M

Rabu 17 Nov 2010 - Sambutan Hari Raya Aidil Adha tahun ini lebih bermakna dengan penyertaan ramai penduduk taman dalam Program Korban Perdana. Sebanyak 6 ekor lembu dijadikan korban dan aqiqah berbanding hanya 3 ekor pada tahun lepas.

Selepas sembahyang sunat hari raya Aidil Adha penduduk taman bergotong-royong melaksanakan korban yang dianjurkan oleh Jawatankuasa Surau dan KRT Taman Changkat Lada Raya. Para peserta korban telah mengamanahkan kepada pihak pengajur untuk menyembeleh lembu dan membahagi-bahagikan daging korban kepada penduduk taman.

Setiap keluarga ditaman ini mendapat sekilogram daging korban yang diagih-agihkan. Semoga usaha murni ini akan mendapat keredhaan dari Allah yang Maha Esa. Terima kasih yang tidak terhingga kepada peserta-peserta korban yang sudi melakukan ibadah korban ini melalui pihak penganjur.
BACA SETERUSNYA - KORBAN PERDANA 1431H/ 2010M

GOTONG-ROYONG MUSNAHKAN TEMPAT PEMBIAKAN AEDES


Ahad 16 Okt - Program gotang-royong bagi memusnahkan tempat pembiakan aedes dilaksanakan dengan kerjasama Pejabat Kesihatan Daerah Perak Tengah dan KRT Taman Changkat Lada Raya. Program ini ekoran daripada berlakunya kes denggi di taman ini. Kawasan ini telah diistiharkan kawasan wabak denggi.

Program ini mendapat sambutan yang menggalakkan daripada penduduk taman ini. Penduduk taman bergotong-royong menusnahkan tempat-tempat pembiakan nyamuk Aedes. Sampah-sarap di sekitar taman dikutip oleh orang ramai yang menyertai gotong-royong tersebut.
BACA SETERUSNYA - GOTONG-ROYONG MUSNAHKAN TEMPAT PEMBIAKAN AEDES

Ceramah Israk Mikraj Oleh Pendakwah Kecil



Sambutan Israk dan Mikraj oleh penduduk Taman Changkat Lada Raya dengan kerjasama Jawatankuasa Surau dan Kawasan Rukun Tetangga taman ini pada tahun ini agak berbeza dari tahun-tahun lepas dengan kehadiran pendakwah kecil dari Sumatera, Indonesia. Kepetahan beliau menyampaikan ceramah membuatkan para hadirin terpaku dan mendiamkan diri memberi tumpuan menghayati ceramahnya.
BACA SETERUSNYA - Ceramah Israk Mikraj Oleh Pendakwah Kecil

Isnin, 22 Mac 2010

Sambutan Maulidur Rasul

Jawatankuasa KRT dan Surau Taman Changkat Lada Raya menganjurkan Majlis Sambulan Maulidur Rasul perinkat taman perumahan ini pada 21 Mac 2009. Majlis bermula 9.00 pagi dengan aktiviti untuk anak-anak berumur bawah 12 tahun. Antara aktiviti yang berlangsung ialah:
1. Pertandingan azan - kanak-kanak lelaki
2. Pertandingan hafazan ayat lazim - lelaki dan perempuan
3. Pertandingan mewarna - kanak-kanak berumur bawah 7 tahun

Aktiviti ini bertujuan menggalakkan anak-anak mengenali Rasulullah dan mengamalkan syariat dan sunah yang diamalkan oleh baginda. Aktiviti ini berjaya melahirkan anak-anak yang berbakal dalam bidang hafazan, azan dan mewarna. Apa yang lebih utama dapat memupuk minat anak-anak mempelajari dan mendalami ilmu agama. Lebih 60 orang kanak-kanak mengambil bahagian dalam aktiviti tersebut. Suasana menjadi lebih meriah apabila ibu bapa turut hadir memberi sokongan kepada anak-anak.

Pada sebelah malamnya diadakan ceramah agama. Ceramah disampaikan oleh Ust. Roslan Che Ros yang merupakan seorang pegawai agama Majlis Agama Islam Pulau Pinang. Penceramah berjaya menyampaikan mesej dengan baik dan amat menarik minat pendengar. Hampir 500 pengunjung membanjiri dataran Surau Taman Chankat Lada Raya.
BACA SETERUSNYA - Sambutan Maulidur Rasul