Isnin, 22 Mac 2010

Sambutan Maulidur Rasul

Jawatankuasa KRT dan Surau Taman Changkat Lada Raya menganjurkan Majlis Sambulan Maulidur Rasul perinkat taman perumahan ini pada 21 Mac 2009. Majlis bermula 9.00 pagi dengan aktiviti untuk anak-anak berumur bawah 12 tahun. Antara aktiviti yang berlangsung ialah:
1. Pertandingan azan - kanak-kanak lelaki
2. Pertandingan hafazan ayat lazim - lelaki dan perempuan
3. Pertandingan mewarna - kanak-kanak berumur bawah 7 tahun

Aktiviti ini bertujuan menggalakkan anak-anak mengenali Rasulullah dan mengamalkan syariat dan sunah yang diamalkan oleh baginda. Aktiviti ini berjaya melahirkan anak-anak yang berbakal dalam bidang hafazan, azan dan mewarna. Apa yang lebih utama dapat memupuk minat anak-anak mempelajari dan mendalami ilmu agama. Lebih 60 orang kanak-kanak mengambil bahagian dalam aktiviti tersebut. Suasana menjadi lebih meriah apabila ibu bapa turut hadir memberi sokongan kepada anak-anak.

Pada sebelah malamnya diadakan ceramah agama. Ceramah disampaikan oleh Ust. Roslan Che Ros yang merupakan seorang pegawai agama Majlis Agama Islam Pulau Pinang. Penceramah berjaya menyampaikan mesej dengan baik dan amat menarik minat pendengar. Hampir 500 pengunjung membanjiri dataran Surau Taman Chankat Lada Raya.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan